Thursday, October 9, 2014

BSKL JATUH TERUK 2015

SALAM SEJAHTERA PELABUR SEMUA...

Daripada pengalaman saya, saham-saham yang meningkat tinggi sekarang akan menerima kejatuhan yang teruk pada tahun 2015. Ini berdasarkan keadaan ekonomi eropah dan juga latin sekarang, dimana kebanyakan negara mereka mengalami kegawatan ekonomi. Malaysia tidak dapat lari daripada situasi ini kerana impaknya akan lebih dirasai pada tahun hadapan. Adakah GST dapat membantu ekonomi Malaysia?? ADAKAH SEBAB GST, PENARAFAN KREDIT MALAYSIA DINAIKKAN??? GST dapat membantu meningkat pendapatan negara tapi bagaimana syarikat-syarikat di Malaysia???

Sektor perladangan juga akan menerima impak yang besar disebabkan harga komoditi dunia turun. Saya meramalkan harga minyak dunia (petroleum) akan jatuh pada paras $70-75 setong pada tahun hadapan. Harga buah kelapa sawit juga akan semakin menurun daripada harga sekarang dimana harganya selari dengan harga semasa minyak petroleum. Bagaimana dengan prestasi kewangan Petronas pada tahun hadapan sedangkan kerajaan bergantung besar pada pendapatan kewangan Petronas.KIta tunggu dan lihat!

Kenapa saya katakan minyak akan turun. Pertama: Negara US akan bertukar daripada negara pengimport petroleum kepada negara pengeksport.  Pada tahun 2005, US mengimport 60% minyak dunia berbanding tahun 2014, hanya mengimport 3% minyak dunia.

Jadi, saya nasihatkan pelabur-pelabur mengambil balik pelaburan sekarang dan tunggu sehingga tahun 2016.
Untuk pelabur lebih baik rasanya  anda menunggu untuk melabur pada pelaburan emas dimana emas akan jatuh di bawah paras rm100 per gram pada tahun hadapan.


Ini hanya pandangan saya semata-mata. Risiko anda tanggung sendiri... Bye...